CBD & LATIHAN BADAN

Bagi kebanyakan kita, menjaga kesihatan adalah sebahagian besar daripada kehidupan kita. Dengan kehidupan sebegini, kesakitan otot akan dijangkakan pada hari berikut. Ini adalah tindak balas pemulihan semula jadi dan meningkatkan keadaan badan tetapi ia juga boleh sebagai tanda amaran kecederaan. Yang penting adalah memahami bagaimana menjaga keseimbangan dan memastikan prestasi badan anda berada di tahap terbaik.

APA ITU KERADANGAN?

Keradangan adalah proses semula jadi di dalam badan yang menggunakan sel darah putih dan bahan-bahan lain untuk melekat pada kecederaan, biasanya disebabkan oleh lebam, luka atau calar, untuk memperbaikinya.1 Keradangan juga membesarkan saluran darah supaya darah yang mencukupi dapat sampai ke kawasan yang berkenaan, ia membentuk bekuan darah untuk menyembuhkan tisu yang cedera, serta mempunyai rasa sakit adalah sebahagian proses penyembuhan. Bahan kimia yang dikenali sebagai sitokin juga dilepaskan oleh tisu yang cedera. Sitokin merupakan "isyarat kecemasan" yang membawa sel, hormon dan nutrien imun badan anda untuk membantu menyembuhkan cedera yang berkenaan.2

Walau bagaimanapun, sekiranya selalu melakukan aktiviti aktif, sama ada mengangkat berat, larian panjang, menunggang basikal, dan sukan atau aktiviti apa pun, keradangan di sini disebabkan oleh kekoyakan mikroskopik di serat otot anda. Badan anda bertindak balas terhadap kekoyakan ini dengan meningkatkan keradangan, yang boleh menyebabkan DOMS yang tidak diingini (tetapi sama bermanfaatnya).3

APA ITU DOMS?

Delayed Onset Muscle Soreness (DOMS) adalah kesakitan otot yang kita rasakan sehari (dan kadang-kadang banyak hari) setelah melakukan senaman yang kuat atau keterlaluan. Ini bukan kesakitan yang anda rasakan semasa atau terus selepas bersenam - itu hanya rasa sakit otot akut kerana pengumpulan asid laktik, dan rasa sakit ini akan hilang segera sejurus anda selesai senaman. Simptom DOMS biasanya berlaku sekurang-kurangnya 12 hingga 24 jam selepas bersenam. Kesakitan ini akan memuncak kira-kira satu hingga tiga hari selepas latihan badan anda, dan kemudian akan mereda selepas itu.4

Simptom-simptom termasuk rasa kelemahan otot, bengkak, kehilangan kekuatan otot jangka pendek, dan penurunan pergerakan akibat kekakuan. Walaupun sebahagian daripada proses yang membantu mempromosikan perubahan fungsional badan anda, seperti kekuatan otot, pertumbuhan dan keadaan badan, DOMS dapat mengganggu jadual latihan anda dengan serius dan berpotensi menyebabkan anda terpinggir dari latihan jika sakit sementara ini bertambah buruk. Jadi, pilihan apa yang ada untuk membantu anda memastikan latihan badan anda tidak terjejas?

decorations


ALTERNATIF KEPADA NSAID

Ubat anti-radang bukan-steroid adalah cara yang paling biasa untuk mengatasi kesakitan, mengurangkan suhu tinggi, dan meredakan keradangan di dalam badan. Ini termasuk melegakan banyak simptom kecederaan yang berkaitan dengan pergerakan termasuk seliuh, regangan dan kesakitan umum. NSAID berfungsi menyekat enzim cyclooxygenase, yang menghasilkan prostaglandin, bahan serupa hormon yang mendorong keradangan.5

Walaupun pilihan yang popular untuk memerangi DOM dan kesakitan yang berkaitan dengan prestasi lain, NSAID seperti aspirin dan ibuprofen mempunyai banyak kesan sampingan negatif, termasuk pening, pedih ulu hati, gangguan gastrointestinal, dan kesan hipersensitif. Ini menjadikan ubat-ubatan bebas ini tidak sesuai untuk penggunaan jangka panjang, terutama bagi individu yang berdedikasi untuk kekal cergas dan sihat.

Jadi, apakah alternatifnya? Beberapa supplemen herba, seperti devil's claw dan willow bark dikatakan mempunyai khasiat yang menyokong tindak balas keradangan semula jadi badan, tetapi hanya sedikit bukti saintifik berkenaan dengan keberkesanannay. Namun, kurkumin, sebatian kimia yang terdapat di dalam kunyit, mengandungi sebatian bioaktif mempunyai banyak khasiat yang bermanfaat terhadap kesihatan badan. Sebatian ini dikenali sebagai curcuminoids, dan dapat menyokong tindak balas keradangan semula jadi badan anda dan juga mengurangkan tekanan oksidatif.6 Ketahui lebih lanjut mengenai cara mendapatkan faedah kurkumin di sini.


MENGURUSKAN SORENESS DENGAN CBD

Satu lagi penyelesaian yang paling berkesan untuk mengatasi DOM dan mengurangkan kemungkinan kecederaan yang disebabkan oleh latihan badan, adalah cannabidiol (CBD). CBD adalah ekstrak tumbuhan ganja yang sepenuhnya tidak-psikoaktif, salah satu daripada lebih 100 komponen semula jadi, yang diproses untuk membekalkan faedah kesihatan setiap hari tanpa kesan sampingan yang tidak diingini. Cannabinoid ini berinteraksi dengan sistem endocannabinoid dalaman badan anda. Sistem ini berfungsi mengatur pelbagai fungsi psikologi dan fisiologi penting di dalam badan anda, termasuk tidur, mood dan juga pengurusan tekanan.

Walaupun terdapat banyak reseptor kanabinoid, terdapat dua yang dikenal pasti sebagai reseptor utama adalah CB1 dan CB2. Reseptor CB2 dijumpai di dalam dan di sekitar otak, tetapi juga didapati banyak tertumpu pada tisu imun kita. Cannabinoid yang bersama reseptor CB2 mungkin berinteraksi dengan tindak balas keradangan semula jadi badan anda dengan mengurangkan pengeluaran sitokin yang telah disebutkan sebelumnya.7 Oleh itu, walaupun keradangan diperlukan untuk memperbaiki keadaan badan dan mempromosikan penyesuaian utama dalam badan anda, keradangan yang terlalu banyak dapat memperlahankan dan mungkin menghentikan kemajuan anda. CBD dapat membantu menyokong rejimen pemulihan anda, mengatasi DOMS pada sumbernya dengan cara yang lebih semula jadi. Memberi anda peluang untuk teruskan latihan badan anda sambil membantu mengurangkan kemungkinan rasa ketidakselesaan.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai proses asas dan semula jadi ini? Terokai pelbagai faedah CBD dan sistem endocannabinoid di sini.

Stretching


MENJAGA KESEIMBANGAN YANG SIHAT

Demi mendapatkan manfaat maksimum dari jadual latihan badan anda, kami mengetahui bahawa menjaga keseimbangan tidur yang betul, diet yang sihat, dan masa pemulihan yang cukup banyak membantu dalam menjaga badan anda pada keadaan baik - dan bebas dari kecederaan. Namun, dengan pelbagai cara penyelesaian di pasaran, termasuk CBD yang semakin populardidapati dalam minyak berkualiti dan kapsul yang mudah diambil, kini anda boleh mengambil pendekatan yang selamat, semula jadi dan berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan kekal aktif, dengan mengikut kesesuaian anda.

Sumber:

1) https://www.webmd.com/arthritis/about-inflammation#1

2) https://www.livescience.com/52344-inflammation.html

3) https://www.healthline.com/health/doms

4) https://www.acsm.org/docs/default-source/files-for-resource-library/delayed-onset-muscle-soreness-(doms).pdf

5) https://www.medicinenet.com/nonsteroidal_antiinflammatory_drugs/article.htm

6) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17569207

7) Nagarkatti, Prakash, et al. “Cannabinoids as Novel Anti-Inflammatory Drugs.” Future Medicinal Chemistry, vol. 1, no. 7, 2009, pp. 1333–1349

8) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279298/

Malay