CBD & PENYUSUAN: ADAKAH SELAMAT?

Setelah bersalin, datanglah malam-malam yang tidak dapat tidur, disebabkan oleh tekanan dan kegelisahan, kerana badan anda berfungsi untuk mengimbangkan semula hormon, dan anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan bayi yang baru lahir. Dengan adanya sifat terapi aktif pasti dapat membantu, tetapi adakah selamat untuk kembali pengambilan CBD sebaik sahaja selepas persalinan?

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), antara satu daripada lima wanita mengalami kemurungan selepas bersalin1. Sebagai tambahan, masalah fizikal dan psikologi boleh timbul selepas persalinan dan tidak hairanlah ibu bapa baru selalu mencari sokongan selama ini.

Selain daripada ubat antidepresan, individu yang memerlukan kaedah semula jadi untuk mengatasi kesakitan, tekanan, dan kesan sampingan yang lebih serius selepas persalinan pasti akan melihat cadangan positif berkaitan dengan CBD. Sejenis ekstrak semula jadi tumbuhan ganja, CBD berinteraksi dengan sistem endokannabinoid badan kita - berfungsi untuk mengekalkan keseimbangan penting dengan menyokong beberapa proses penting, seperti mood, selera makan, tidur dan kesakitan. Oleh sebab itu, CBD dapat menawarkan penyelesaian sebenar bagi individu-individu yang bermasalah mulai dari malam yang gelisah hingga keadaan badan yang semakin lemah. Tetapi apa yang terbukti oleh sains ketika penyusuan bayi anda?

ASAS SUSU PAYUDARA

Endokannabinoid yang dihasilkan oleh badan adalah sangat penting terhadap perkembangan bayi, kepentingannya diwujudkan seawal tahap embrio untuk memulakan fungsi penting yang berkaitan dengan pertumbuhan janin. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, perkembangannya terus berlaku di luar rahim, maka Endokannabinoid juga terdapat dalam susu ibu. Sebatian ini mempromosikan beberapa proses-proses penting, dari selera makan sehingga meningkatkan refleks menyusu - mengajar bayi anda fungsi dan kegunaan menerima nutrien sebelum mereka dapat memikirkannya sendiri.

Walaupun berkemungkinan dapat membuktikan bahawa endokannabinoid terdapat dalam susu ibu, kajian sains berkaitan dengan kanabinoid (yang berasal dari tanaman ganja) boleh didapati dalam susu ibu tetapi masih kurang jelas. Oleh sebab CBD dan kanabinoid lain adalah larut lemak, sebatian ini digabung rapat dengan lemak, sehingga hampir mustahil untuk mengukur jumlahnya. Ketidakpastian inilah yang berpotensi menyebabkn masalah kesihatan bagi bayi anda. Kenapa? Kerana berkandungan THC.

CBD adalah tidak bersifat psikoaktif, berbeza dengan THC (tetrahydrocannabinol) yang berkait rapat - sejenis komponen yang mengubah bahan kimia yang memberi perokok ganja rasa ‘gembira’. Semasa pengekstrakan, CBD disaring untuk menapis THC, menjamin produk tersebut selamat dan bebas daripada bahan terkawal. Walau bagaimanapun, sejumlah kecil cannabinoid ini dapat kekal. Jadi, walaupun tidak berbahaya bagi kita, jejak inilah CBD dapat memasuki susu semula jadi yang anda bekalkan melalui penyusuan.

decorations

PENGALIRAN THC

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Obstetrics and Gynecology melihat sampel susu ibu daripada lapan subjek ujian tanpa nama yang kerap menggunakan ganja dan mendapati bahawa bayi yang berusia tiga hingga lima bulan, dan yang disusui, mengambil lebih kurang 2.5 peratus daripada dos THC ibu.2 Atas sebab etika, para penyelidik tidak mengambil sampel darah untuk menguji tahap THC dalam badan, namun dianggap sebagai kebarangkalian yang tinggi bahawa sekurang-kurangnya sejumlah kecil THC didapati dalam setiap bayi.

Kajian mengenai pendedahan pranatal kepada THC mendapati bahawa ada kaitan langsung dengan peningkatan hasil buruk bagi wanita dan bayinya, seperti berat lahir rendah, penempatan di unit rawatan intensif neonatal, dan kelahiran prematur. 3 Anda boleh meneroka fakta mengenai CBD dan kehamilan di sini, namun bukti ini telah menimbulkan kebimbangan yang serupa mengenai bagaimana THC mempengaruhi perkembangan bayi yang baru lahir setelah mendapatkan THC melalui susu ibu, dan untuk alasan yang baik.

Walaupun lebih banyak penyelidikan perlu diselesaikan sebelum ini dapat disahkan, suatu persoalan penting ditimbulkan: adakah kemungkinan untuk mengelakkan pendedahan terhadap THC atau cannabinoid lain melalui kaedah penyusuan tradisional? Atau, adakah anda harus berpantang CBD sepenuhnya?

Apabila ramai ibu baru mengambil keputusan untuk menjalani hidup sihat selama sembilan bulan dan akhirnya menikmati segelas (atau dua) wain, ia sangat disarankan agar mereka "mengepam dan membuang". Istilah ini merujuk kepada tindakan menggunakan pam untuk mengeluarkan susu ibu yang mungkin telah tercemar oleh alkohol sebelum membuangnya. Ini memastikan bahawa apa-apa makanan yang diterima oleh bayi adalah benar-benar selamat. Walau bagaimanapun, laporan perubatan baru-baru ini menunjukkan bahawa amalan yang sama ini tidak boleh dirujukkan untuk THC, dengan adanya jejak bahan yang dapat dikesan di dalam susu ibu walaupun sudah enam hari selepas pengambilan. 4

decorations

LEBIH PENYELIDIKAN DIPERLUKAN

CBD dan THC bukan perkara yang sama. Dengan pelbagai kajian dan tuntutan yang disokong secara saintifik, kebaikan penggunaan CBD secara berkala sangat mengagumkan. Namun, dengan adanya THC yang kemungkinan berlakunya kesan buruk setelah diberikan kepada bayi yang baru lahir melalui penyusuan, khususnya kesan yang berkaitan dengan perkembangan badannya.

Walau bagaimanapun, kebanyakannya disebabkan oleh alasan etika, ia menyebabkan kekurangan penyelidikan yang jelas untuk membuktikan pemikiran ini. Sekiranya tidak, tindakan terbaik adalah mengikuti panduan doktor anda, dan kebanyakan panduan yang didapati bermaksud menjauhi sebarang produk CBD untuk menjaga kesihatan bayi anda yang baru lahir.

Sumber:

1) Ko JY, Rockhill KM, Tong VT, Morrow B, Farr SL. Trends in Postpartum Depressive Symptoms — MMWR Morb Mortal Wkly Rep 2017;66:153–158.

2) Baker, Teresa MD; Datta, Palika PhD; Rewers-Felkins, Kathleen MS; Thompson, Heather PhD; Kallem, Raja R. PhD; Hale, Thomas W. PhD - Transfer of Inhaled Cannabis Into Human Breast Milk, Obstetrics & Gynecology: May 2018 - Volume 131 - Issue 5 - p 783-788

3) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/27048634

4)Anderson, O Phillip - Cannabis and Breastfeeding: Breastfeeding Medicine, 12(10), pp. 580–581

English